Kumbang harimau ialah kumpulan besar kumbang yang dikenali dengan tabiat pemangsa dan kelajuan lariannya. Spesies kumbang harimau paling laju dapat berlari pada kelajuan 9 km/j (5.6 bpj), iaitu, berbanding dengan panjang badannya, ialah kira-kira 22 kali kelajuan bekas pelari pecut Olimpik, Michael Johnson.